#Pengertian AFTA
AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) ialah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja
(Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara
ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan
menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Namun begitu,
kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan
tarif AFTA.